1-BERTENTANG MATA
Ambil
peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak
matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda
adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang
membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun
reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya,
cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi
reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan
mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan
selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah,
kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya.
Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan
dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH
Kajian
menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru
pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah
di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG Sekali
lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk
dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan
haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita
haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek
keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam
perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah
panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang
bakal berlaku.
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang
dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda.
Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit
perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi
yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan
mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman
huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN Bawalah
bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke
badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya.
"Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak
bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin
perbendaha raan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah
sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri
("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu
Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa
mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan
waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau
pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka
rutin.
11-SENTUH DAN RASA
Simpan
sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain
tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut
pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila
anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya.
Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan
bayi.
13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN
Kadangkala,
gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya
perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika
bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen,
anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok.
Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU BERULANGKALI.
Saintis
telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali
turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia
dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT Luangkan
masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama
bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya
biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih
satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu
anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula
anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila
anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza
-termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging
dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika
bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang
tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia
melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti.
Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen
besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya
sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA
Gunakan
beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah
satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan
kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau
permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana
hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan
tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA
Semakin
anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat
jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat
bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan
pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof!
Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah.
Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin
yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan
anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah
di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada
tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label'
barangan tersebut.
28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan
bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang
dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan
menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina
keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu
daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan,
contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh
berlatih menghafal nama warna.
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring
di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas
anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih
menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran
menyelesaikan masalahnya.
33-KIRA SEMUANYA
Kira
berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak
tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira
dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan
segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis
soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur
tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik
nampak kucing putih?")
35-TUTUP TV
Bayi
anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak
dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu
mengajarnya.
36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar
kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar
memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu
makan.
37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil
gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda,
buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu
set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan
bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar,
anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah
(menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton
video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan
nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk
mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39-MAIN HUJAN
Lompat
ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya.
Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara
belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan
gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik,
rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga
untuk mencarinya.
41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan
gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kean anda dan
ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan
anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi,
skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan
kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan
cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda
memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan
sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar
dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan
gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina
memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek
sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak
kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut
warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil
peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan
teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak
menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan
satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A,
makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di
halaman luar rumah dengan kapur.
48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari
semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan
kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya
itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak
dengan kelajuan yang berbeza-be za supaya anak boleh meniru anda.
Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah
dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira
atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan
bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi.
Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.