Showing posts with label BreastFeeding. Show all posts
Showing posts with label BreastFeeding. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Petua-petua Untuk Menambah Susu Ibu



Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Pilihan 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Pilihan 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

Pilihan 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.

Pilihan 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

Pilihan 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.

Pilihan 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.

Pilihan 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Pilihan 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

Pilihan 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilihan 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.

Pilihan 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.

Pilihan 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.

Pilihan 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari

Pilihan 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.

Pilihan 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.

Pilihan 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.

Pilihan 18: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.

Pilihan 19: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.

Sumber : SAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Monday, January 20, 2014

SUSU SAYA TIDAK CUKUP???

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!


Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.

Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.


Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.



Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

sumber :https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/

Sunday, December 8, 2013

Breastfeeding suplemen taniah mereka berjaya




Vitamin hanya sebagai salah satu cara agar tubuh ibu sustained sihat dan bertenaga. Mempunyai mood yang baik dan boleh menangani stress dengan baik. Namun 3 perkara ini tidak boleh DIABAIKAN SAMA SEKALI iaitu :

1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam...konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.

2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.

3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian.

credit

 
Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertai Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email nbm_zura@yahoo.com ;) FB Yuyamomstore

CADANGAN KESESUAIAN SET PENYUSUAN



·      Tahniah kerana memilih untuk menyusukan si manja. Susu ibu adalah yang terbaik jika ibu mengambil makanan seimbang & membekalkan susu yang berkualiti. Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat & sangat kurus. Ini terjadi kerana pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.


Baiklah, untuk membantu memilih set penyusuan yang sesuai saya nyatakan disini

Set 3M (Breastfeeding Optimum)  & SET BREASTFEEDING PLATINUM
Siapa yang perlu ambil set ini? Set ini digalakkan kepada :
~ibu yang ada masalah penyusuan
~ si ibu yang nak mula menyimpan stok
~ si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
~ ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
Fullpack mengandungi:
180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --- Tahan 6bulan
120 B complex  --------------makan 1biji/hari --- Tahan 4bulan
120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari --- Tahan 4bulan
330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari --- Tahan 1-5 bulan
850g ESP ---------------- ambil 3sudu/hari ---- Tahan 1.5-2 bulan
120 osteomatrix ------makan  4biji/hari --- Tahan 1bulan

BREASTFEEDING PLATINUM = Set 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM) + Performance Drink 
Fullpack  mengandungi:
180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --- Tahan 6bulan
120 B complex  --------------makan 1biji/hari --- Tahan 4bulan
120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari --- Tahan 4bulan
330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari --- Tahan 1-5 bulan
850g ESP ---------------- ambil 3sudu/hari ---- Tahan 1.5-2 bulan
120 osteomatrix ------makan  4biji/hari --- Tahan 1bulan
539g Performance Drink------ ambil 3sudu/hari - Tahan 1.5-2 bulan

SET E 
Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 
Set E = Set B + Ostematrix. Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. 
Fullpack mengandungi:
180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --- Tahan 6 bulan
120 B complex  --------------makan 1biji/hari --- Tahan 4 bulan
120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari --- Tahan 4 bulan
330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari --- Tahan 1 - 5bulan
120 Osteomatrix --------makan 4biji/hari ------- Tahan 1 bulan

 Set B
Set B Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan dan Bayi masalah ECZEMA
Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ?  -Vitalea / Multivitamin dengan iron formula -Vitamin B kompleks -Vitamin C - Alfalfa. 
Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus kepada imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut. 
180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --- Tahan 6bulan
120 B complex  --------------makan 1biji/hari --- Tahan 4bulan
120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari --- Tahan 4bulan
330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari --- Tahan 1-5 bulan

 SET Eu-Four-PACK 
SET Eu-four- Pack Set ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh.
 Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur
Fullpack  mengandungi:
180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --- Tahan 6 bulan
120 B complex  --------------makan 1biji/hari --- Tahan 4 bulan
120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari --- Tahan 4 bulan
120 Osteomatrix ------------makan 4biji/hari --- Tahan 1 bulan

 SET B + ESP 
Set B + Energizing Soy Protein (ESP) sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.
Fullpack mengandungi:
180 Vitamin C ----------------makan 1biji/hari --- Tahan 6bulan
120 B complex  --------------makan 1biji/hari --- Tahan 4bulan
120 Vitalea/ multivitamin---makan 1biji/hari --- Tahan 4bulan
330 Alfafa ----------------makan 2-10biji/hari --- Tahan 1-5 bulan
850g ESP ---------------- ambil 3sudu/hari ---- Tahan 1.5-2 bulan
credit.tq
 Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertai Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email nbm_zura@yahoo.com ;) FB Yuyamomstore