Sangat bagus untuk mommy yang pertama kali melahirkan..
RM 35.00 sahaja
·
sesuai untuk bakal ibu atau hadiah
kepada rakan-rakan yang akan menyambut bayi baru.
- Terdapat pelbagai info yang berguna mengenai berpantang
- Ada koleksi menu berpantang,petua,cara buat pilis,minyak untuk bayi dan ibu.
buku yg harus dimiliki.
- Mengandungi 56 mukasurat berwarna dan berkulit tebal.
Intro: Buku
ini adalah hasil tulisan isteri TG Wan Asrul Affendi bin Wan Hussin al-Aydrus,
iaitu pengasas Terapi Islam al-Fatah [TIaF] yang berpusat di Telok Mas Melaka;
Pn Fadhilah Nuur.
Insya Allah penuh dengan oetua-petua
pemakanan serta DIY pilis. Insya Allah bermanfaat samada bagi yang sudah
bersalin, ibu-ibu tua, dan amat sesuai dibaca oleh golongan suami.
ERPANTANG TRADISIONAL MELAYU
Bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang
merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh
berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Berpantang
merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana
menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu
akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan
kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.
RAWATAN TRADISIONAL
Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan
tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri
sewaktu mengandung dan berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang
dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai,
bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.
Misalnya, cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang
utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua
dan rahsia yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang digunakan,
tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika
bersalin dan selepas bersalin. Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai
dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan
pusaka.
Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana
masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap
kaum wanita. Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati
beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma
longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu
Labisia pumila dan lain-lain lagi.
Rawatan dalam berpantang boleh
dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang
tertentu. Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan
mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar
kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.
Ulam-ulaman.
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana,
antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup,
daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral)
dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu
dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun
sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin.
Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam,
sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung,
kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti
air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu,
belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka,
cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi
kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk
otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak
berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.