Wednesday, December 18, 2013

Berpantang - Tip mencari bidan untuk urut lepas bersalin

Tip nie aku dapat dari majalah PA &Ma

9 pekara yang harus diambil perhatian sebelum baya deposit bidan urut ok...


1. Pastikan bidan tu cadangan dari kawan-kawan yang pernah gunakan perkhidmatan bidan itu.
2. Bidan yang dipilih mesti laa menjaga kebersihan dan tidak tertalu banyak memakai eksesori sebab nanti boleh mengganggu proses urutan.
3. Berpengalaman dan mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.
4. Cari bidan yang hampir dengan kawasan rumah kita. Sebab dapat mengurangkan caj kos pengangkutan.
5. Pastikan pakej yang kita ambik tu tiada kos tersembunyi. Takut nanti last day ada bayaran tambahan yang kita kene baya... So kene pastikan bebtul.
6. Bagi yang muslim ambik tukang urut muslim untuk menjaga aurat.
7. Untuk mengelakkan dari ditipu kita harus berjumpa dahulu sebelum deposit dibayar. YElah bidan tu ok ke? Bersih ke? Nampak tak ketokohan bidannya tu?
8. Jika memilih untuk mengambil pakej dari salon, pastikan salon itu dikenali dan tahu lokasinya.
9. Pastikan tukang urut mementingkan kesihatan ibu iaitu ada serba sedikit ilmu perubatan asas.

SELAMAT BERPANTANG

No comments:

Post a Comment