Wednesday, July 9, 2014

50 Ransangan Menjadikan Anak Bijak

1-BERTENTANG MATA 
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

  2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA 
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. 

  3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN 
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

  4-JELIRKAN LIDAH 
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

  5-HASILKAN BUKU BINATANG Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan. 

  6-GELETEKLAH BAYI ANDA 
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

  7-TUNJUKKAN PERBEZAAN 
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak. 

  8-BERKONGSI PANDANGAN Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaha raan kata. 

  9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA 
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

  10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA 
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

  11-SENTUH DAN RASA 
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya. 

  12-PERGI MEMBELI-BELAH 
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi. 

  13-BERI KATA KUNCI 
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat. 

 14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya. 

  15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari. 

  16-BACA BUKU BERULANGKALI.
Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa. 

  17-MAIN CAK-CAK Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali. 

  18-JANGAN LUPA REHAT Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda. 

  19-MAIN DENGAN WARNA 
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya. 

  20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA 
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza -termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya. 

  21-ANGKATKAN SAHAJA 
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri. 

  22-BIAR DIA MEMBEBEL 
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

  23-LATIHAN MENEKA 
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya. 

  24-BINA LALUAN HALANGAN 
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut. 

  25-IKUT RENTAKNYA 
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa. 

  26-BUAT MUKA LAWAK 
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka. 

  27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

  28-CERITAKAN KISAH DONGENG 
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok. 

  29-BAYANGAN WAJAH 
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya. 

  30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

  31-GOYANGKAN BADAN 
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. 

  32-JADILAH TAMAN PERMAINAN 
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya. 

  33-KIRA SEMUANYA 
 Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda. 

  34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?") 

  35-TUTUP TV 
 Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya. 

  36-TUKAR PEMANDANGAN 
 Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

  37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA 
 Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) . 

  38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA 
 Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

  39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering. 

  40-MENANGKAP SERANGGA 
 Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya. 

  41-BERGURAU- SENDA 
 Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kean anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

  42-MAIN DENGAN PAKAIAN 
 Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda. 

  43-AJAR TENTANG ISIPADU 
 Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil. 

  44-HASILKAN ALBUM KELUARGA 
 Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon. 

  45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

  46-PERGI KE PERPUSTAKAAN 
 Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan. 

  47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur. 

  48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu. 

  49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-be za supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain. 

  50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN 
 Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Monday, January 27, 2014

Petua-petua Untuk Menambah Susu Ibu



Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Pilihan 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Pilihan 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

Pilihan 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.

Pilihan 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

Pilihan 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.

Pilihan 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.

Pilihan 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Pilihan 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

Pilihan 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilihan 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.

Pilihan 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.

Pilihan 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.

Pilihan 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari

Pilihan 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.

Pilihan 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.

Pilihan 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.

Pilihan 18: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.

Pilihan 19: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.

Sumber : SAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Monday, January 20, 2014

SUSU SAYA TIDAK CUKUP???

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!


Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.

Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.


Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.



Semoga bermanfaat
Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

sumber :https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/

Sunday, January 19, 2014

Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi - Kanak-kanak



Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:

0 hingga 3 bulan
• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.

3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.

6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.

9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat.

12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.

Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif.

1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.

4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.


SEDIKIT TIPS BERBELANJA BIJAK

Tips berbelanja bijak dari Prof. Dr. Rozieta Shaary

SEDIKIT TIPS BERBELANJA BIJAK

Sekolah akan dibuka kembali. Cuti akan berakhir. Ramai ibu bapa yang telah bersedia awal-awal akan perbelanjaan yang bakal dilakukan untuk anak-anak. Ini adalag tabiat yang bagus.

Semasa ibu membesarkan 4 daripada 5 anak-anak ibu, semasa itu keadaa hidup kami agak sempit. Yalah, hanya suami ibu bekerja. Kadang-kadang tu, duit gajipun dapat pada pertengahan bulan hadapannya. Fikir-fikirkan macamana kami boleh terus hidup? Tidak pulak rasa sempit berbelanja walaupun gaji suami semasa itu kurang daripada RM2000 sebulan. Alhamdulillah.

Ibu adalah juga berjual itu dan ini. Jual kain batik, kain pasang, keropok dan apa sajalah. Berjaja di kawasan perumahan Ibu masa itu, sambil bawak anak-anak....hmmm teringat masa tu. Malu pun ada, tapi cekalkan sajalah, supaya anak-anak boleh hidup girang.

Masa tu bila nak membeli Ibu amalkan perkara ini, jika sudi anda yang mungkin sama keadaan dengan Ibu dahulu bolehlah ikut:-

1) Pantau dulu harga barang di kedai. Dapatkan best buy.

2) Beli yang perlu saja. Contohnya, seorang anak, cuma sepasang kasut baru. Kasut lama guna untuk spare, jika kasut basah atau terlalu kotor.

3) Baju sekolah pun beli sepasang jer. Yang lama atau yang kakak punya pass kat adik, jadikan spare sementara membasuh yang baru.

4) Makanan dibekal dan beri sikit jer duit belanja sekadar nak melepaskan keinginan membeli kueh yang diinginkan semasa rehat. Bekalan, adalah makanan yang mengeyangkan.

5) Buku sekolah, itu tiada kompromi, Ibu beli yang baru kecuali yang pass kat adik, tapi anak akan mendapat alat tulis yang baru cuma tidak berlebihan.

6) Beg sekolah, Ibu akan suruh mereka basuh yang sedia ada dan pakai hingga dah tak boleh pakai dah. Tidak perlu beli baru hanya sebab nak baru.

Tak ke anak-anak ibu meragam nak yang baru? Alhamdulillah tidak, sebab mereka tahu menilai wang dan tahu apa yang perlu dan apa yang cuma keinginan.

Namun, Ibu tidak pernah menghalang mereka menginginkan sesuatu; di situ Ibu ajar mereka untuk menabung dan mencari wang sendiri, sekreatif yang mereka mampu.

Mengapa anak-anak Ibu boleh menerima keadaan itu? Kerana Ibu banyak mendidik hati mereka agar faham nilai wang dan tidak berbelanja ikut suka hati. Semaian kefahaman itu dibuat sejak mereka kecil lagi. Alhamdulillah, Ibu mendapati hasilnya amat memudahkan mereka dan Ibu bila mereka perlu berjimat.

Yang penting, Ibu tidak pernah mengatakan, kita tidak mampu, apa yang sering Ibu katakan, buat masa ini, ini belum lagi perlu dan kita mesti bijak mengagihkan wang kita untuk perkara yang penting dan prioriti.

InsyaAllah anak-anak akan faham, sebab anak-anak ini, jika kita tegas dan penuh kasih sayang memberi mereka faham dan tenaga kita ialah tenang dengan keadaan yang mencabar, mereka juga akan tenang.

Sekadar nak berkongsi dengan sayang semua, Ibu pernah hidup cuma tinggal RM5 diantara kami suami isteri dan 4 orang anak, sedangkan bulan masih panjang dan gaji suami dah hampir dua bulan belum diberi. Namun, Allah memberi rezekiNya cara yang berbeza. Dalam wang yang tidak cukup, kami berasa cukup. PELIKKAN? TAPI ITULAH NAMANYA REZEKI. Maha Agung Tuhan.

Ibu doakan sayang semua terus dimurahkan rezeki, bijak berbelanja dan tenang menghadapi segala perubahan hidup.

Salam kasih - Ibu Rose -Empower with Love