Tips berbelanja bijak dari Prof. Dr. Rozieta Shaary
SEDIKIT TIPS BERBELANJA BIJAK
Sekolah akan dibuka kembali. Cuti akan berakhir. Ramai ibu bapa yang
telah bersedia awal-awal akan perbelanjaan yang bakal dilakukan untuk
anak-anak. Ini adalag tabiat yang bagus.
Semasa ibu membesarkan
4 daripada 5 anak-anak ibu, semasa itu keadaa hidup kami agak sempit.
Yalah, hanya suami ibu bekerja. Kadang-kadang
tu, duit gajipun dapat pada pertengahan bulan hadapannya.
Fikir-fikirkan macamana kami boleh terus hidup? Tidak pulak rasa sempit
berbelanja walaupun gaji suami semasa itu kurang daripada RM2000
sebulan. Alhamdulillah.
Ibu adalah juga berjual itu dan ini.
Jual kain batik, kain pasang, keropok dan apa sajalah. Berjaja di
kawasan perumahan Ibu masa itu, sambil bawak anak-anak....hmmm teringat
masa tu. Malu pun ada, tapi cekalkan sajalah, supaya anak-anak boleh
hidup girang.
Masa tu bila nak membeli Ibu amalkan perkara ini, jika sudi anda yang mungkin sama keadaan dengan Ibu dahulu bolehlah ikut:-
1) Pantau dulu harga barang di kedai. Dapatkan best buy.
2) Beli yang perlu saja. Contohnya, seorang anak, cuma sepasang kasut
baru. Kasut lama guna untuk spare, jika kasut basah atau terlalu kotor.
3) Baju sekolah pun beli sepasang jer. Yang lama atau yang kakak punya
pass kat adik, jadikan spare sementara membasuh yang baru.
4)
Makanan dibekal dan beri sikit jer duit belanja sekadar nak melepaskan
keinginan membeli kueh yang diinginkan semasa rehat. Bekalan, adalah
makanan yang mengeyangkan.
5) Buku sekolah, itu tiada kompromi,
Ibu beli yang baru kecuali yang pass kat adik, tapi anak akan mendapat
alat tulis yang baru cuma tidak berlebihan.
6) Beg sekolah, Ibu
akan suruh mereka basuh yang sedia ada dan pakai hingga dah tak boleh
pakai dah. Tidak perlu beli baru hanya sebab nak baru.
Tak ke
anak-anak ibu meragam nak yang baru? Alhamdulillah tidak, sebab mereka
tahu menilai wang dan tahu apa yang perlu dan apa yang cuma keinginan.
Namun, Ibu tidak pernah menghalang mereka menginginkan sesuatu; di situ
Ibu ajar mereka untuk menabung dan mencari wang sendiri, sekreatif yang
mereka mampu.
Mengapa anak-anak Ibu boleh menerima keadaan
itu? Kerana Ibu banyak mendidik hati mereka agar faham nilai wang dan
tidak berbelanja ikut suka hati. Semaian kefahaman itu dibuat sejak
mereka kecil lagi. Alhamdulillah, Ibu mendapati hasilnya amat memudahkan
mereka dan Ibu bila mereka perlu berjimat.
Yang penting, Ibu
tidak pernah mengatakan, kita tidak mampu, apa yang sering Ibu katakan,
buat masa ini, ini belum lagi perlu dan kita mesti bijak mengagihkan
wang kita untuk perkara yang penting dan prioriti.
InsyaAllah
anak-anak akan faham, sebab anak-anak ini, jika kita tegas dan penuh
kasih sayang memberi mereka faham dan tenaga kita ialah tenang dengan
keadaan yang mencabar, mereka juga akan tenang.
Sekadar nak
berkongsi dengan sayang semua, Ibu pernah hidup cuma tinggal RM5
diantara kami suami isteri dan 4 orang anak, sedangkan bulan masih
panjang dan gaji suami dah hampir dua bulan belum diberi. Namun, Allah
memberi rezekiNya cara yang berbeza. Dalam wang yang tidak cukup, kami
berasa cukup. PELIKKAN? TAPI ITULAH NAMANYA REZEKI. Maha Agung Tuhan.
Ibu doakan sayang semua terus dimurahkan rezeki, bijak berbelanja dan tenang menghadapi segala perubahan hidup.
Salam kasih - Ibu Rose -Empower with Love
No comments:
Post a Comment