Monday, November 11, 2013

MEMBINA DUNIA YANG AMAN UNTUK ANAK-ANAK KITA


Jika anda takut dunia menjadi huru-hara dengan pelbagai masalah sosial seperti dera isteri, suami, anak, rompakan dan banyak lagi. Ada 3 perkara penting yang anda boleh lakukan.

- Setiap kali melihat, mendengar dan membaca mengenai perkara yang tidak baik, katakan 'Nauzibillahimin zalik' “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).” bagi yang Muslim. Bagi semua katakan juga NO! kepada benda itu!

- Kemudian, katakan pula "saya layak hidup dalam dunia yang aman". Bayangkan dunia yang aman itu dan situasi yang kita mahu berlaku. Kuatkan gambaran itu menjadi lebih kuat daripada gambaran yang kita tidak mahu.

- Panjatkan doa dan minta Tuhan makbulkan kedua-dua permintaan di atas itu.

Ingat, Allah mengikut sangkaan hambaNya. Bersangkalah yang baik dan yang kita hajati! Begitu juga jika mahukan anak-anak yang soleh dan mendengar kata.

No comments:

Post a Comment