Thursday, November 21, 2013

SUSU IBU MERUDUM?



·         Utk ibu2 yang menyusu..amat mustahak untuk mengetahui punca2 susu merudum seperti stress,..musim2 period,kurang kalori,baby beralih bulan or di panggil growth spurt (time ni normally dia akan consume lebih byk dari biasa)..dan byk lagi faktor2 lain mmg ada efek yg besar kat pengeluaran susu…...jadi apa yer yang ibu2 boleh buat?
·         Makan makanan seimbang…especially yang kaya dgn protein
·         Drink barley-based drinks such as homemade barley water
·         Consume plenty of dark green vegetables (sayuran hijau)
·         Pengambilan air yg mencukupi
·         Routine pumping (minimum 6x sehari pam)
·         Ambil natural milk booster jika perlu….cthnya alfalfa..ESP Shaklee

Apply power pumping teknik-pump for 10-20minit - rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. Do this for about an hour, sekali sehari.hasilnya?..insyaAllah..amat membantu mengembalikan semula pengeluaran susu.. cuba lihat selepas seminggu yer...Jgn lupe BERDOA.. 



Jom amalkan Surah Al Baqarah ayat 60 untuk perbanyakkan susu ibu



Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment